Istiadat Konvokesyen UiTM ke-91 (Oktober 2019)

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-91 (Oktober 2019)

Muhamad Amirul Ikhmal 2019-10-03 12:44:31

Para graduan di minta untuk mengisi Borang Permohonan Keahlian Persatuan Alumni UiTM Cawangan Johor (Permohonan Konvokesyen) dibawah menu Konvokesyen 91. Mohon para graduan jangan mengisi borang permohonan yang lain (Borang Permohonan untuk alumni lama). Sila pilih kod kursus anda dengan betul. Bagi graduan kejuruteraan anda akan diminta mengisi borang kajian (survey) berbahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum mengisi borang permohonan keahlian. Anda akan dibawa ke Borang Permohonan Keahlian setelah anda selesai menjawab survey tersebut.

Ringkasan proses bagi graduan selain kejuruteraan:

  1. Lawati halaman khas konvokesyen di https://dimensikini.xyz/alumni/SPAL/konvokesyen.php.
  2. Klik kod program yang bakal anda berkonvokesyen (telah disusun mengikut sidang).
  3. Klik pada butang "Borang Permohonan Keahlian" yang berwarna biru.
  4. Sila masukkan nombor Kad Pengenalan Malaysia anda tanpa sebarang simbol sengkang/dash dan klik butang "Semak" berwarna oren.
  5. Bagi graduan selain kejuruteraan sila lompat ke proses nombor 9. Graduan kejuruteraan sila ikuti langkah berikut.
  6. Sila pastikan halaman memaparkan nama fakulti dan kod kursus anda yang betul.
  7. Sila jawab borang "Alumni Survey For Engineering Graduates" dengan penuh dan klik butang "Submit" di halaman paling bawah.
  8. Borang Permohonan Keahlian Persatuan Alumni UiTM Cawangan Johor akan terus dipaparkan.
  9. Lengkapkan borang tersebut dan tekan butang "Hantar" di halaman paling bawah.
  10. Klik butang "Penyata (Slip) Permohonan Keahlian" berwarna hijau.
  11. Sila masukkan nombor Kad Pengenalan Malaysia anda semula dan klik butang "Cari" berwarna oren untuk mencetak penyata/slip permohonan.
  12. Maklumat ringkas anda akan dipaparkan dan klik butang "Cetak Penyata Permohonan Keahlian" berwarna hijau untuk memaparkan penyata/slip yang perlu dicetak.
  13. Sila cetak penyata tersebut diatas kertas bersaiz A4 dan JANGAN simpan/save bagi mengelakkan kod bar (barcode) gagal terpapar ketika mencetak.
  14. Bawa penyata tersebut bersama-sama penyata Kajian Pengesanan Graduan (Kementerian Pelajaran Malaysia) dan Borang Jubah Konvokesyen (laman web konvokesyen UiTM) ketika melapor diri di kaunter kedua (Kaunter Alumni) setelah melapor diri di kaunter pertama (Kaunter Bendahari UiTM).
  15. Jika anda adalah graduan baru, anda akan dikenakan cas serendah RM30 sekali seumur hidup dan dibayar secara tunai di kaunter pertama (Kaunter Bendahari UiTM). Anda akan dikecualikan yuran jika anda pernah berkonvokesyen di UiTM Cawangan Johor atau anda pernah melengkapkan permohonan keahlian (selain konvokesyen) sebelum ini.
  16. Serahkan kedua-dua penyata Permohonan Keahlian dan penyata Kajian Pengesanan Graduan beserta resit pembayaran yuran (bagi yang perlu membayar yuran) di kaunter kedua (Kaunter Alumni) dan tuntut Kad keahlian anda serta cenderahati.
  17. Terus maju ke kaunter seterusnya.

Sebarang pertanyaan/masalah sila hubungi kami melalui:
- petugas di kaunter Alumni ketika konvokesyen ATAU
- ikon Facebook Chat di penjuru kanan ATAU
- mengisi borang aduan ini [Klik Sini].

Person In Charge (PIC) berkaitan teknikal sistem: +6016-308 6937 (En. Muhamad Amirul)

* Mesej / WhatsApp / Telegram / panggilan anda hanya akan dijawab sekiranya saya di luar kelas atau mesyuarat.
** Hanya persoalan teknikal atau masalah berkaitan sistem sahaja akan dilayan.