Tutorial Setup Server Web

Tutorial yang memaparkan langkah-langkah untuk setup server web

Oleh Admin pada 2020-03-21 22:53:05

Tutorial Untuk Setup Server Web Tanpa Menggunakan XAMPP

Tutorial ini akan memaparkan langkah-langkah untuk setup server web menggunakan Apache, memasang enjin PHP, MySQL dan PHPMyAdmin pada mesin sistem operasi Windows.

Apache

Apache ialah sejenis server web sumber terbuka (open source) yang popular. Terdapat server web yang lain seperti Nginx, Internet Information Service (IIS) milik Microsoft, LiteSpeed dan lain-lain. Berikut adalah langkah-langkah memasang Apache:

  1. Muat turun Apache daripada laman berikut: https://www.apachelounge.com/download/
  2. Ekstrak fail tersebut ke drive 'C:\' dan namakan semula folder kepada 'Apache24' (24 menandakan versi 2.4).
  3. Edit fail 'httpd.conf' di dalam folder 'conf' untuk tambah tetapan seperti berikut:
    • Tetapkan port mendengar kepada port 80 dan mendengar daripada mana-mana alamat IP:
      Listen *:80
    • Aktifkan dengan membuang simbol '#' bagi tetapan berikut:
      LoadModule rewrite_module modules/mod_rewrite.so
    • Nyatakan nama domain server. Anggarkan 'localhost' untuk setup secara local:
      ServerName localhost:80
    • Benarkan fail '.htaccess' untuk mencantas tetapan sedia ada:
      AllowOverride All
  4. Jalankan terminal Command Prompt sebagai Administrator dan jalankan arahan berikut untuk menguji pemasangan Apache:
    cd /Apache24/bin
    httpd -t
  5. Seterusnya jalankan arahan berikut untuk memasang Apache sebagai servis Windows:
    cd /Apache24/bin
    httpd -k install
  6. Jalankan arahan berikut untuk memulakan server Apache:
    net start Apache2.4
  7. Uji pemasangan Apache dengan melayari http://localhost di pelayar web. Jika berjaya memaparkan 'It works' maka pemasangan berjaya.
Sumber: https://www.sitepoint.com/how-to-install-apache-on-windows/

Enjin PHP

Engin PHP amat diperlukan jika aplikasi yang hendak anda host memerlukan PHP seperti halaman-halaman dengan extension '.php', ada manipulasi data menggunakan SQL melalui PHP dan lain-lain. Berikut adalah langkah-langkah pemasangan PHP:

  1. Muat turun PHP daripada laman berikut: https://www.php.net/downloads.php. Sila muat turun versi Windows dan pilih jenis 'Thread Safe'
  2. Ekstrak fail tersebut ke drive 'C:/' dan namakan folder kepada 'php'.
  3. Salin pendua fail 'C:\php\php.ini-development' dan namakan semula fail pendua tersebut kepada 'C:\php\php.ini'.
  4. Edit fail 'php.ini' untuk edit/tambah tetapan berikut:
    • Tetapkan direktori extension seperti berikut:
      extension_dir = "C:/php/ext"
    • Hidupkan extension dengan membuat simbol ';' pada tetapan berikut:
      extension=curl
      extension=gd2
      extension=mbstring
      extension=mysql
      extension=pdo_mysql
      extension=xmlrpc
  5. Seterusnya tambah 'C:\php' kepada 'Environment Variables':
    • Tekan logo Windows pada keyboard dan taip 'Environment Variables' untuk mencari dan klik pada 'Edit the system environemnt variable' pada hasil carian.
    • Klik tab 'Advance' dan klik 'Environment Variables' pada bucu kanan bawah.
    • Pada bahagian 'System variables' klik pada variable 'Path' dan klik butang 'Edit'.
    • Pada tetingkap baru yang muncul, klik butang 'New' dan taipkan 'C:\php'. Simpan perubahan tersebut.
    • Edit fail 'httpd.conf' pada folder Apache tadi dan tambahkan tetapan berikut:
      • Edit tetapan berikut untuk tambah 'index.php':
        DirectoryIndex index.php index.html
      • Tambahkan tetapan berikut pada hujung fail tersebut:
        # PHP7 module
        LoadModule php7_module "c:/php/php7apache2_4.dll"
        AddType application/x-httpd-php .php
        PHPIniDir "C:/php"
    • Jalankan arahan berikut pada terminal untuk memastikan configurasi 'httpd.conf' adalah betul:
      cd /Apache2/bin
      httpd -t
    • Cipta fail baru bernama 'index.php' di dalam folder 'C:\Apache24\htdocs' dan tuliskan kod berikut:
    • Uji pemasangan enjin PHP dengan melayari http://localhost di pelayar web. Jika berjaya memaparkan maklumat PHP maka pemasangan berjaya.
Sumber: https://www.sitepoint.com/how-to-install-php-on-windows/

Enjin MySQL

MySQL ialah sebuah enjin database. MySQL adalah popular dalam kalangan pembangun web. Terdapat enjin database selain MySQL seperti PostgreSQL, OracleDB, IBM DB2, Microsoft SQL Server, MariaDB dan lain-lain. MySQL telah digantikan dengan MariaDB di dalam pakej XAMPP. MariaDB ditulis berasaskan MySQL. Berikut adalah langkah-langkah pemasangan MySQL:

  1. Muat turun MySQL daripada laman berikut: https://dev.mysql.com/downloads/mysql/. Sila muat turun versi Windows dan pilih jenis selain 'Debug Binaries'
  2. Ekstrak fail tersebut ke drive 'C:/' dan namakan folder kepada 'mysql'.
  3. Cipta folder baru bernama 'mysqldata' di dalam drive 'C:/'. Folder ini akan letaknya data-data di dalam database.
  4. Kemudian cipta fail baru bernama 'my.ini' di dalam folder 'mysql' dan pastikan extension fail tersebut ialah '.ini' dan bukannya '.txt'.
  5. Tuliskan arahan berikut di dalam fail 'my.ini':
    [mysqld]
    # installation path
    basedir=C:/mysql
    # data directory
    datadir=C:/mysqldata
  6. Jalankan terminal Command Prompt sebagai Administrator dan jalankan arahan berikut:
    cd /mysql/bin
    mysqld.exe --install
  7. Jalankan arahan berikut di terminal untuk memulakan servis mysql:
    net start mysql
Sumber: https://www.sitepoint.com/how-to-install-mysql/

PHPMyAdmin

PHPMyAdmin ialah pelayar database web sumber terbuka (open source) bagi database seperti MySQL yang ditulis menggunakan PHP. Berikut adalah langkah-langkah pemasangan PHPMyAdmin:

  1. Muat turun PHPMyAdmin daripada laman berikut: https://www.phpmyadmin.net/downloads/
  2. Ekstrak fail tersebut ke dalam folder 'htdocs' dan namakan folder kepada 'phpmyadmin'.
Secara asasnya itu sahaja yang perlu anda buat tetapi anda akan perlu login PHPMyAdmin tidak seperti XAMPP yang sudahpun auto login. Untuk membuat auto login atau membuat sambungan kepada database di luar local, ikuti langkah seterusnya.
  1. Buat pendua bagi fail 'config.sample.inc.php' dan namakan semula fail pendua tersebut kepada 'config.inc.php' di dalam folder 'phpmyadmin'.
  2. Edit atau tambah tetapan berikut:
    $cfg['Servers'][$i]['user'] = 'root'; // Username database
    $cfg['Servers'][$i]['password'] = 'abcdefg'; // Password database
    $cfg['Servers'][$i]['auth_type'] = 'config'; // Ubah daripada cookie kpd config
    $cfg['Servers'][$i]['host'] = 'localhost'; // Ubah daripada localhost kepada domain name atau alamat IP server database
  3. Simpan perubahan dan akses PHPMyAdmin seperti berikut: http://localhost/phpmyadmin/