PRISKOR

"Melangkah Dunia Teknologi Maklumat"

Tentang PRISKOR

Projek Integrasi Sistem Komander Johor (PRISKOR) adalah sebuah perbadanan usahasama yang bertanggungjawab membangun dan menyelenggara sistem JCIS (Johore's Commander Integrated System) dan myPERKAD. Sistem JCIS ialah sebuah sistem maklumat bersepadu yang diilhamkan bagi memudahkan pentadbiran mengakses dan menyimpan maklumat-maklumat peribadi komander. Sistem JCIS juga dijangka mampu melancarkan hal ehwal pentadbiran Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dalam mengurus data-data untuk acara besar tahunan yang bakal diadakan pada semester Jun - Oktober iaitu Pertandingan PERKAD. Ahli-ahli Unit Pembangunan PRISKOR bertungkus-lumus dalam menjayakan projek aplikasi atas talian ini bagi menggalakkan penggunaan kemudahan IT sebagai satu cara memantapkan dan memajukan pentadbiran bertepatan dengan slogan kami "Melangkah Dunia Teknologi Maklumat".

Kepimpinan

Rasulullah s.a.w bersabda : “Setiap orang di antaramu adalah pemimpin dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya, seorang imam adalah pemimpin atas umatnya, dan dia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarganya.”
(H.R. Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi )

PRISKOR

“Melangkah Dunia Teknologi Maklumat”